logo (1)
Loading ...
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365
Ruj. Kami       : AGM16/FeMAC/16032020 Tarikh             : 16hb Mac 2020
U/p:     Ketua Eksekutif / Pengarah Pusat Latihan / Pengurus Pusat Bertauliah / Semua  Ahli FeMAC.     Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, Dato’/Datuk/Dr./Datin/Ts/Tc/Tuan/Puan, PER:   PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16/2020 PERSEKUTUAN PUSAT BERTAULIAH JPK MALAYSIA (FeMAC).   Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.
  1. Merujuk kepada kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertarikh 16 Mac 2020. Iaitu JPPM memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakan program/aktiviti/persidangan/perhimpunan/mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 (sila rujuk lampiran).
  2. Sebagai mematuhi arahan dari pihak JPPM maka Mesyuarat Agung Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) Kali Ke 16/2020 yang dirancang pada 13hb April 2020 (Isnin) adalah ditangguhkan. Oleh itu notis baru berkenaan panggilan mesyuarat agung akan dilakukan sekiranya penularan wabak COVID-19 dilaporkan reda oleh pihak berwajib.
  3. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha Agung, En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan di talian 017-200 3066 atau 03-7773 3365 atau bolehlah di emel ke [email protected]
Pihak FeMAC memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi  Sekian, Terima Kasih. Yang Benar, ________________ En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan Setiausaha Agung s.k  : Ts P. Sailanathan Presiden               [pdf-embedder url="https://femac.org.my/wp-content/uploads/2020/03/Pengumuman-oleh-Presiden.pdf" title="Pengumuman oleh Presiden"][pdf-embedder url="https://femac.org.my/wp-content/uploads/2020/03/Penangguhan-Mesyuarat-Agung-FeMAC.pdf" title="Penangguhan Mesyuarat Agung FeMAC"]        

Categories: