logo (1)
Loading ...
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365

Buletin Berita FeMAC

MESYUARAT EXCO KEBANGSAAN

FeMAC KALI KE-1 / 2026

Putrajaya | 21 Januari 2026

Putrajaya, 21 Januari 2026 – Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) telah menganjurkan Mesyuarat Exco Kebangsaan Kali Ke-1/2026 bagi membincangkan perkembangan semasa TVET serta perancangan strategik organisasi untuk tahun 2026.

Mesyuarat ini menekankan penganjuran program berimpak tinggi termasuk Townhall bersama ahli FeMAC, Karnival TVET, Program Inovasi dan Pitching Pelabur, serta Konvokesyen Kebangsaan FeMAC Kali Ke-2/2026.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan hal kewangan, kelulusan ahli baharu, serta pengukuhan aktiviti media dan komunikasi ahli. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan FeMAC dalam menyokong pembangunan TVET yang selaras dengan keperluan industri dan aspirasi negara.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Categories: