Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua Ahli,
Makluman kepada semua ahli, perbincangan bersama KP JPK bersama Exco Pengurusan pada hari ini 10 Januari 2018 telah membincangkan perkara-perkara berikut.
- Pembangunan dan Pelaksanaan NOSS Baru
- Melibatkan pembelian peralatan dan latihan bengkel (Technical Equiptment Material-TEM). Pembangunan Noss baru akan melibatkan kos pembelian peralatan bengkel yang tinggi.
- Memohon pihak JPK memberi pertimbangan sewajarnya untuk memanggil wakil FeMAC mengikut sektor kemahiran dalam perbincangan Noss baru terutama dalam kandungan TEM sebelum dibawa ke dalam mesyuarat MPKK
- Lantikan seorang pakar dari ahli FeMAC mengikut kepakaran dalam sektor bidang kemahiran untuk mana-mana mesyuarat yang melibatkan mesyuarat Noss2. Penyelarasan pendaftaran online calon di JPK
2. Pendaftaran E-SKM JPK diselaraskan setiap kali pendaftaran calon di PTPK.
3. Pelantikan PPL-PPT dibawah PB-PPT FeMAC
- Pelantikan PPL-PPT boleh dicadangkan oleh PB FeMAC melalui FeMAC. Pihak FeMAC juga memohon KP mengeluarkan arahan kepada pakar industry negara yang menilai kapasiti dan pegawai JPK untuk kelulusan sekiranya layak mengikut polisi dan prosedur JPK di PB Swasta
Pihak JPK mengambil maklum mengenai perkara yang dibangkitkan dan akan memberi maklumbalas kepada pihak FeMAC secepat mungkin.
Berikut dilampirkan gambar-gambar sesi semasa perbincangan tersebut berlangsung,




