skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Memo : Pengemaskinian Dokumen Sokongan Permohonan Dan Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran (Plk) Skim Pinjaman Lepasan Sekolah

Memo : Pengemaskinian Dokumen Sokongan Permohonan Dan Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran (Plk) Skim Pinjaman Lepasan Sekolah

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah membuat penyelarasan dan pengemaskinian dokumen sokongan permohonan dan perjanjian PLK Skim Pinjaman Lepasan Sekolah. Urusan ini dibuat bagi menambahbaik, memudahcara dan membantu pemohon dan Penyedia Latihan (PL) dalam menguruskan dokumen berkaitan dengan PLK, PTPK.
  1. Sehubungan dengan itu, pihak Tuan adalah dipohon untuk menggunapakai dan mengemukakan dokumen yang telah dikemaskini mulai 1 Jun 2017. Bersama-sama ini disertakan maklumat pengemaskinian dokumen sokongan permohonan dan perjanjian PLK seperti di Lampiran A (Jadual 1 dan Jadual 2).
  1. Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara ini diperlukan bagi memastikan proses permohonan pinja man lebih teratur dan efisien. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Puan Nur Aisyah Binti Midhal (03-40476178 atau emel nuraisyah@ptpk.gov.my), Puan Suriani Bt Abdullah (03-40476156 atau emel surianiabdullah@ptpk.gov.my) atau Puan Tuan Rosemarda Tuan Ween (03-40476104 atau emel rosemaeda@ptpk.gov.my)

Sila klik disini untuk maklumat lanjut : PENGEMASKINIAN DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PINJAMAN (1)

Sekian, terima kasih.

Back To Top