skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365 Tel: +603 - 7772 6655 Email: operation@femac.org.my

Makluman Kerjasama Pusat Bertauliah Ahli Femac Dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (Jtm), Kementerian Sumber Manusia

Makluman Kerjasama Pusat Bertauliah Ahli Femac Dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (Jtm), Kementerian Sumber Manusia

 

FeMAC logo_JTM2014 -size kecil

 

 

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Untuk makluman semua ahli, Presiden dan Setiausaha Agung FeMAC telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Dr Mary Wong Lai Lin pada 30 Mei 2017 yang lalu bagi membincangkan jalinan kerjasama FeMAC dan Jabatan Tenaga Manusia untuk perlaksanaan kerjasama awam dan swasta (public private partnership) (3P).

 

  1. Hasil daripada perbincangan tersebut, Jabatan Tenaga Manusia bersetuju dengan hasrat FeMAC untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) iaitu Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

 

  1. Menurut maklumbalas daripada Jabatan Tenaga Manusia,kerjasamayang sesuai di jalankan adalah kerjasama latihan di mana Pusat Bertauliah yang bernaung di bawah FeMAC boleh memanfaatkan mesin dan peralatan di ILTIM untuk latihan bagi peserta-peserta kursus mereka. Jenis kursus, tempoh kursus, dan kadar yuran boleh dibincangkan di antara Pusat Bertauliah FeMAC dan pengurusan institusi berkenaan. Dilampirkan bersama surat maklumbalas daripada pihak JTM untuk rujukan Pihak Tuan/Puan.

 

  1. Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli FeMAC yang ingin menjalankankerjasama (public private partnership) (3P), anda bolehlah berdaftar dengan FeMAC dengan mengisi borang yang dilampirkan. Borang berkenaan hendaklah di hantar kepada FeMAC selewat-lewatnya 20th Julai 2017 melalui emel operation@femac.org.my atau faks di talian 03-7772 6655. Semua ahli FeMAC yang ingin berdaftar haruslah melalui FeMAC terlebih dahulu bagi melancarkan pelaksanaan program. Penyertaan di galakkan kepada Pusat Bertauliah yang berdekatan dengan mana-mana ILJTM di seluruh Malaysia.

 

  1. Sekiranya ahli mempunyai sebarang pertanyaan atau inginkan penjelasan dengan lebih lanjut, sila hubungiEn Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC di talian 019-381 8855 atau talian pejabat 03-7772 6655 / 03- 7773 3365.

 

Pihak FeMAC mengharapkan penyertaan daripada semua ahli bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai.

 

Sekian, Terima Kasih.

FeMAC-JTM (1) ( sila klik link ini untuk borang pendaftaran PB dan surat tawaran rasmi daripada JTM)

Back To Top