Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara – National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP)
Bertempat di Putra Jaya Covention Centre (PICC) pada 19 September 2019 telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinganhubungan Negara (NFCP) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Majlis Pelancaran tersebut diadakan bagi membolehkan semua pihak mendapat gambaran yang lebih terperinci mengenai NFCP, sekaligus memberikan sokongan terhadap pelaksanaan pelan ini.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Wan Azizah Bin Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis pelancaran tersebut. Turut hadir adalah YB Tuan Gobind Sigh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Pihak FeMAC telah dijemput untuk ke majlis pelancaran tersebut yang diwakili oleh Presiden FeMAC, Ts P. Sailanathan.