Pada 11hb September 2019, pihak FeMAC telah mengadakan satu kunjungan hormat serta perbincangan bersama Tn Hj Zaihan Bin Shukri, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut Tn Hj Zaihan telah mengambil perhatian semua isu berkenaan ahli FeMAC yang telah dibentangkan. Diantara isu adalah berkenaan “Star Rating” , kapasiti , sijil dan lain – lain isu berbangkit.
Tn Hj Zaihan telah memberi komen yang sangat positif berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh ahli – ahli FeMAC. Juga turut hadir dengan menyokong pandangan positif dari Tn Haji Zaihan adalah Dr Rashid Bin Buyong Hamzah,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi JPK) dan Tn Hj Suimi Bin Abd Majid, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan JPK).
Pihak FeMAC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tn Hj Zaihan, Dr Rashid dan Tn Hj Suimi dalam mendengar keluhan dan permasalahan yang dihadapi oleh Pusat Bertauliah ahli – ahli FeMAC.
