skip to Main Content
No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.       +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365       +603 - 7772 6655       operation@femac.org.my

KEMASKINI MAKLUMAT PEMINJAM DI PENYEDIA LATIHAN AWAM DAN SWASTA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli FeMAC,
  1. Dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah mengeluarkan surat bertarikh 23 Ogos 2017, no rujukan PTPK.BB.100-6/1 Jilid 2 (7) kepada semua penyedia latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK bagi mendapatkan maklumat peminjam yang telah menamatkan latihan, Alumni Dan Majlis Konvokesyen Penyedia Latihan untuk membantu PTPK dalam meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman. Sehingga 30 November 2017, sebanyak 50 PL telah mengemukakan maklumbalas daripada 442 PL yang telah berdaftar dengan PTPK (senarai PL seperti di Lampiran C).
  2. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Jawatankuasa Kutipan Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Bilangan 3 Tahun 2017 yang bersidang pada 06 Disember 2017 yang dipengerusikan oleh Tuan Sailanathan a/l Podian telah bersetuju supaya pihak PTPK mengemukakan surat tersebut kepada pihak FeMAC untuk dipanjangkan semula kepada semua  PL yang berdaftar di bawah FeMAC.
  3. ​S​ehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan surat, format laporan dan senarai PL untuk tindakan tuan selanjutnya. PTPK bersetuju untuk melanjutkan tempoh bagi mengemukakan maklumat tersebut sebelum atau pada 22 Disember 2017.  Maklumat yang lengkap diisi, hendaklah dikemukakan melalui mel elektronik kepada pegawai-pegawai seperti berikut:

  4. Sekiranya tuan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Mek Eshah binti Awang di talian 03-4047 6027, Puan Samila binti Kadir di talian 03-4047 6040 dan Puan Norzihan binti Hamidin di talian 03-4047 6039. Segala perhatian tuan di dalam perkara ini di dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

LAMPIRAN :

  1. SURAT KEMAS KINI MAKLUMAT PEMINJAM DAN LAPORAN PRESTASI KUTIPAN BAYARAN BALIK
  2. LAMPIRAN A
  3. LAMPIRAN B
  4. LAMPIRAN C
Back To Top