K-YOUTH 2025 PROGRAM DI BAWAH KHAZANAH NASIONAL BERHAD
DAFTAR SEGERA! GRADUAN FAKULTI KEJURUTERAAN
Perhatian Graduan Fakulti Kejuruteraan,
Program K-Youth 2025 kini dibuka untuk pendaftaran!
Program ini ditaja sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad dan diuruskan oleh Exzellent Profis Sdn Bhd iaitu sebagai salah satu pusat bertauliah yang bertanggungjawab dalam menyelia program ini.
Program K-Youth ini diperkenalkan yang bertujuan untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini direka untuk melengkapkan belia dengan kemahiran yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang sedang berkembang.
Kelebihan program:
• Tiada yuran pendaftaran.
• Peluang pekerjaan terjamin selepas Latihan di Industri (On Job Training - OJT).
• Gaji disediakan sepanjang program termasuk EPF dan SOCSO
Syarat untuk menyertai program:
• Warganegara Malaysia.
• Khusus buat pelajar Kejuruteraan (Mekanikal, Chemical, Mechatronic dan Elektrikal & Elektronik Mekatronik).
• Berumur antara 16 hingga 30 tahun.
• Graduan kejuruteraan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.80 dan ke atas.
Butiran Program:
• Tarikh mula latihan: 1 Julai 2025.
• 1 bulan latihan kelas fizikal + 4 bulan Latihan di Industri (OJT).
• Tarikh akhir pendaftaran: 10 Jun 2025
Pautan Pendaftaran: https://form.jotform.com/ExzellentProfis/k-youth-2025
