JEMPUTAN PEGAWAI DAN PENYOKONG KE MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2015
Salam 1 Kemahiran,
Perhatian kepada semua Ahli FeMAC, anda dijemput ke ” MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2015″ yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Berikut merupakan butiran lanjut majlis berkenaan :-
Tarikh : 20 Oktober 2015
Masa : 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari
Tempat : Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya
Pakaian : Pakaian Korporat Pusat Bertauliah Masing-Masing
Masuk adalah PERCUMA. Pengangkutan (Bas) juga disediakan kepada pelatih/pelajar (kawasan Lembah Klang sahaja). Makanan tengahari juga turut disediakan.
Sehubungan dengan itu, ahli FeMAC dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 40 orang pelatih/pelajar yang mewakili Pusat Bertauliah masing-masing. Kepada Pusat Bertauliah yang berminat, Sila rujuk lampiran dan mengembalikan borang Maklumbalas Kehadiran (Penyokong) Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2015 (Lampiran D) kepada pihak FeMAC melalui emel di operation@femac.org.my SELEWAT-LEWATNYA 8 OKTOBER 2015(Khamis).
Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi En Farid bin Haji Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-381 8855 atau Puan Nur Syafiqah, admin eksekutif FeMAC ditalian 011-11587411 atau melalui emel di operation@femac.org.my.
Pihak FeMAC amat berharap agar ahli-ahli FeMAC memberi maklumbalas secepat mungkin.
Sekian Terima Kasih.