Perkara di atas adalah dirujuk.
- Dimaklumkan bahawa hasil daripada persidangan dan sesi dialog bersama FeMAC, JPK, PTPK dan CIAST bagi tahun 2017 semalam, 28 Februari 2017, Ketua Pengarah JPK telah bersetuju untuk memberi penangguhan tarikh pendaftaran calon pelajar di dalam sistem talian online sehingga ke 15 March 2017 khusus untuk PB swasta FeMAC.
- Sehubungan dengan itu, mohon mana-mana pegawai pusat bertauliah yang terlibat dengan pendaftaran calon pelajar mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar yang segera. Syarat-syarat dan peraturan pendaftaran calon adalah seperti sedia ada tidak berubah dan PB dikehendaki mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh JPK.
