Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli FeMAC.
Adalah dimaklumkan merujuk kepada hebahan pemakluman penguatkuasaan proses baharu pendaftaran pelatih 2016 Persijilan Kemahiran Malaysia dengan rujukan JPK/700/43/1(6) bertarikh 28 Julai 2016, JPK telah memutuskan penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula 1 Jan 2018. Namun begitu pelaksanaan pendaftaran empat(4) kali setahun berkuatkuasa 1 Jan 2017.
Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran http://www.nvtc.gov.my/index.php/my/buletin-2016/1177-pemakluman-pindaan-penguatkuasaan-proses-baharu-pendaftaran-pelatih-2016-persijilan-kemahiran-malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC ditalian 019-3818855.
Sekian, Terima Kasih.
