Perbincangan Diantara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC)
Pada 22 Ogos 2019 bertempat di FINAS satu perbincangan berkenaan kerjasama diantara FINAS dan FeMAC telah dijalankan.
Turut menghadiri pada perbincangan tersebut adalah En Ahmad Idham Bin Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif, FINAS , Presiden FeMAC – Ts P Sailanathan, Setiausaha Agung FeMAC – En Mohd Zikri Bin Dato’ Mohd Zaihan, Exco Kebangsaan – Pn Shahralin Binti Abd Hamid, Dr Khairulfazi Bin Shaari – Kuala Lumpur Film School dan wakil dari Kolej MEATECH
Dalam perbincangan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan berkenaan pembelajaran TVET yang mempunyai hubungkait didalam industri perfileman dan juga bagi memperkasakan lagi bidang perfileman dalam menuju era Industrial Revolution (I.R 4.0).
Pihak FeMAC amat berterimakasih kepada pihak FINAS yang telah meluangkan masa bagi sesi perbincangan ini. Untuk itu pihak FeMAC akan mengolak langkah yang dengan lebih jauh bagi membantu kerajaan dalam mencapai 35% pekerja mahir dalam tempoh terdekat ini didalam semua bidang pembelajaran TVET.