MAKLUMAN PENGAGIHAN KUOTA SESI KETIGA PTPK
Mohon perhatian kepada semua ahli,
Dengan hormatnya merujuk kepada hebahan PTPK rujukan PTPK.P&P.100-3/1 JLD 16(15) bertarikh 3 Julai 2018 dan perkara tersebut di atas adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa pengagihan kelulusan kuota tahun 2018 bagi Skim Pinjaman Lepasan Sekolah bagi Penyedia Latihan Swasta (PLS) akan dimaklumkan kepada PLS selepas mesyuarat bersidang dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, pihak PLS diminta untuk menunggu sebarang pemakluman keputusan kelulusan kuota sesi ketiga tahun 2018. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
3. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cawangan Pendaftaran dan Penetusahan, Pn Morine Johnson di talian 03-40476180/ morine@ptpk.gov.my atau Mazita Mohd Hanafi di talian 03-40476079/ mazita@ptpk.gov.my untuk makluman lanjut.
4. Perhatian dan kerjasama YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah di hargai.
Sekian, terima kasih.